Panduan Ibu Bapa & Ahli Keluarga : Penggunaan Dadah Boleh Dirawat

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk meneruskan kehidupan. Namun , individu yang terlibat dalam masalah penagihan dadah ini masih mempunyai peluang untuk dipulihan dan  dan mampu berhenti menggunakan dadah.

Menyedari cabaran tersebut, AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK dengan menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.

AADK menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program Rawatan, Perubatan dan Pendidikan Kesihatan ,Pembentukan Fizikal dan Disiplin , Bimbingan dan Kaunseling , Psikopendidikan , Sivik dan Tatanegara ,Latihan Kemahiran dan Vokasional , Agama dan Spiritual , Sosial dan Rekreasi ,Integrasi Masyarakat.

AADK sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini  kembali menikmati kehidupan yang baik   bebas dadah. 

Muat turun: Toolkit untuk Ahli Keluarga

Accessibility Toolbar