Pameran perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan di booth AADK sempena Program Kita Demi Negara

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

BATU KURAU, 23 Julai 2022 – Pameran perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan disediakan di Booth Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sempena Program Kita Demi Negara Zon Utara yang bermula di Kompleks Mini Astaka, Batu Kurau, Perak baru-baru ini.

Pameran itu bagi menyampaikan naratif perkhidmatan yang disediakan AADK untuk pengetahuan, kegunaan dan manfaat masyarakat khususnya penduduk di Larut.

Bermacam-macam aktiviti menarik berkisarkan โ€˜Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersamaโ€™ menjadi daya penarik kepada pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Selain permainan interaktif dan kuiz, orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan Perkhidmatan Bergerak Rawatan dan Pemulihan (MRT AADK) dan khidmat nasihat serta pameran perkhidmatan AADK.

Dalam pada itu, selama dua hari berturut-turut pengunjung tidak melepaskan peluang membeli variasi produk keluaran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AADK seperti kopi Agenda, kuih tart nanas dan tart roselle serta produk batik.

Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut meluangkan masa melawat booth AADK di Dewan Astaka, Batu Kurau, Perak.

Turut serta mengiringi lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar serta disambut oleh Pengarah Negeri AADK Negeri Perak, Mohd Azizi Salleh.

Accessibility Toolbar