1.Bolehkah pengumpulan data bagi tujuan penyelidikan/ kajian/penulisan ilmiah dijalankan di Pusat Pemulihan Dadah AADK?

Pengumpulan data bagi tujuan penyelidikan/kajian/ penulisan ilmiah hanya boleh dilakukan di Klinik Cure & Care 1Malaysia sahaja tertakluk kepada kelulusan daripada Pengurusan AADK Ibu Pejabat.

2.Apakah prosedur bagi mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian/ penyelidikan/ penulisan ilmiah di institusi dan komuniti AADK?

Prosedur bagi mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian / penyelidikan / penulisan ilmiah di Pusat Pemulihan Dadah AADK adalah seperti berikut:

a)Pemohon perlu mengemukakan permohonan yang disertakan perkara-perkara berikut :

  • Surat permohonan menjalankan kajian / penyelidikan / penulisan ilmiah.
  • Surat Pengesahan dari pihak universiti.
  • Kertas cadangan (proposal) termasuk soal selidik berkaitan kajian / penyelidikan / penulisan ilmiah.

b)Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh dicadangkan untuk menjalankan kajian.

c)Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu menandatangani Surat Perjanjian Menjalankan Kajian / Penyelidikan di AADK, KDN dan dikembalikan ke Cawangan Perancangan AADK sebelum kajian / penyelidikan dijalankan. Dapatan kajian hendaklah dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi AADK.

d)Sekiranya tidak menerima jawapan dalam tempoh dua (2) bulan, permohonan dikira gagal.

e)Senaskah hasil kajian (berjilid) hendaklah diserahkan kepada Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Ibu pejabat AADK selepas kajian / penyelidikan selesai dijalankan.

1.Adakah AADK mempunyai Geran Penyelidikan?

Ya, AADK mempunyai geran penyelidikan bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan ilmiah mengenai dadah di AADK, membangunkan atau menambahbaik produk, proses atau perkhidmatan sedia ada atau baru dengan elemen inovasi selaras dengan keperluan semasa dan untuk mewujudkan tenaga profesional dalam bidang dadah serta untuk memastikan program yang dijalankan berupaya membantu mencapai matlamat Malaysia Bebas Dadah.

2.Siapakah yang boleh memohon untuk menjalankan penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah AADK?

Penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah AADK adalah dibuka kepada pemohon yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Tempatan.

3.Apakah tatacara bagi memohon menjalankan penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah AADK?

Tatacara bagi memohon menjalankan penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah AADK adalah seperti berikut:

a)Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan dengan menggunakan Borang Geran Penyelidikan Ilmiah AADK yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi AADK.

b)Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada alamat berikut:

Ketua Pengarah

Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri

Jalan Maktab Perguruan Islam

43000 Kajang, Selangor

(u.p : Cawangan Penyelidikan, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan)

No. Tel : 03 8911 2200

No. Faks : 03 8925 9306

c)Permohonan yang diterima akan diproses dan dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK.

ATAS