Niat perlu ikhlas, buat yang terbaik dan tenang laksana amanah – TKPO AADK

Oleh: Nadia Hazmi

PUNCAK BORNEO, 31 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Antidadah Kebangsaan, Tuan Khairul Anwar Bachok pada Selasa mengadakan sesi tinjauan dan turun padang ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching bagi memantau gerak kerja yang dilaksanakan di PUSPEN.

Dalam tinjauan itu, sesi perjumpaan bersama warga kerja PUSPEN Kuching diadakan dan sesi dialog turut diadakan sebagai sesi suai kenal memandangkan tinjauan itu adalah buat julung kali diadakan selepas menjawat jawatan sebagai TKPO AADK.

Pekerjaan yang dilakukan oleh klien dengan semangat yang tekun dan berdisiplin. Gambar AADK | Nadia Hazmi

Dalam sesi itu, beliau turut l menyampaikan amanat serta menitipkan kata semangat dan motivasi kepada kakitangan PUSPEN agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada klien.

Nasihat dan amanat yang disampaikan oleh beliau untuk menjadi amalan dalam melaksanakan amanah sebagai penjawat awam antaranya seperti memulakan pekerjaan dengan niat yang ikhlas dan baik.

“Selain itu, setiap apa yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan penuh hemat dan terbaik meskipun tugas dan amanah yang diberikan bersifat kecil. Tambahan pula, kita perlu sentiasa tenang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu beliau diberikan taklimat oleh Pengarah PUSPEN Kuching, Yuliani Yahya dengan tayangan montaj Pengenalan PUSPEN dan kemudiannya bersama-sama meninjau kawasan sekitar dan fasiliti di dalam PUSPEN Kuching.

Turut hadir bersama Tuan Hamediee Ibrahim Pengarah AADK Sarawak.

Accessibility Toolbar