Multaqa ketua unit agama melestari Model i-Pulih AADK

Oleh: Nabil Abdul Aziz

KAJANG, 3 Ogos 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin telah menyampaikan ucaptama sempena Program Multaqa Ketua Unit Agama di Bilik Mesyuarat Hibiscus, Ibu Pejabat AADK di sini baru-baru ini.

Program yang dihadiri seramai 42 orang terdiri daripada Ketua Unit Agama AADK Negeri dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) itu bertujuan agar pelaksanaan pengurusan program psikospiritual bergerak seiring dengan Pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat negeri.

Selain itu, program psikospiritual merupakan antara elemen dalam Model i-Pulih AADK yang dilaksanakan di peringkat komuniti dan institusi bagi memastikan kepulihan klien dapat disemai menerusi kepercayaan agama masing-masing.

multaqa
Dato’ Dr Muhamad Sade (tengah) ketika menyampaikan ucaptama sempena Program Multaqa Ketua Unit Agama di Ibu Pejabat AADK di sini baru-baru ini.

Cawangan Agama dan Pembangunan Insan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP) AADK telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Multaqa Ketua Unit Agama bagi memperkasa dan mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kakitangan khususnya Ketua Unit Agama kepada klien.

Pada masa sama, program itu turut membincangkan mengenai kolaboratif AADK bersama jabatan dan agensi agama seperti Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Mufti Negeri (JMN) dan Pejabat Agama Islam Daerah supaya program yang dilaksanakan seiring dengan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat negeri.

Datoโ€™ Dr Muhamad Sade dalam ucapannya berharap agar pelaksanaan Program Psikospritual di Komuniti dan Institusi berjalan lancar sekali gus memangkin klien ke arah kepulihan dan pengekalan kepulihan sepanjang hayat mereka serta berfungsi kepada masyarakat setempat.

Turut hadir ini ialah Ketua Penolong Pengarah (Institusi) BRPP, Rujhan Ramli dan Ketua Penolong Pengarah (Agama) BRPP, Dr. Yusaini Yusoff.

multaqa
Program psikospiritual merupakan antara elemen dalam Model i-Pulih AADK bagi memastikan kepulihan klien dapat disemai menerusi kepercayaan agama masing-masing.

Accessibility Toolbar