MTMD PERLIS: Dua kertas pertimbangan dibentang

Oleh: Fauzi Suhaimi

KANGAR, 11 Mei 2023 – Sebanyak dua kertas pertimbangan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Perlis Bilangan 1, 2023.

Dua kertas tersebut ialah berkaitan dengan program Dadah Terkawal, Perlis Sejahtera (DTPS) 2025 dan Projek Pendigitalan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (e-PPDa).

Kertas pertama dibentang oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) manakala kertas kedua ialah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut dimaklumkan berkenaan dengan laporan situasi semasa penagihan dan pengedaran dadah di negeri Perlis yang disampaikan oleh AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Perlis Bilangan 1, 2023.

Dalam pada itu, mesyuarat turut membentangkan dua kertas makluman iaitu Kertas Penemuan Tinjauan Pendapat Umum Peringkat Negeri Perlis 2022 tentang Penyalahgunaan Ketum Dalam Kalangan Penduduk Perlis daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Tindakan Penguatkuasaan Dadah di Perairan Malaysia-Thailand oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perlis.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah AADK Negeri Perlis, Khairul Anwar Ahmad dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Mohamad Zaki Farkhi Ahmad.

Accessibility Toolbar