MODUL KIMPALAN PUSPEN SUNGAI RUAN I Edisi 8 April 2022

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan di Pahang menyediakan program kimpalan yang merupakan salah satu modul kerjaya untuk kumpulan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menariknya, para klien bukan sahaja didedahkan secara teori, bahkan turut mempraktikan kerja-kerja amali kimpalan menerusi proses menyiapkan tempahan yang diterima.

Secara tidak langsung, inisiatif itu dapat melatih mereka untuk bersiap-siaga menawarkan perkhidmatan kimpalan selepas menamatkan tempoh rawatan dan pemulihan di PUSPEN kelak.

Ikuti perkongsian lanjut bersama Pegawai Vokasional PUSPEN Sungai Ruan, Mohd Asmadi Mat Daud menerusi segmen Hi AADK minggu ini.

Accessibility Toolbar