Mesyuarat Drug Abuse Information Network For Asia And The Pacific (Dainap) Focal Point Kali Ketiga

Malaysia telah menyertai Drug Abuse Information Network for Asia and the Pacific (DAINAP) Focal Points Meeting anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) secara dalam talian pada 29 April 2022. Delegasi Malaysia diketuai oleh Puan Hafidah binti Mohd @ Maasom, Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama pegawai dari AADK dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mesyuarat DAINAP kali ketiga ini merupakan susulan mesyuarat DAINAP yang telah dilaksanakan pada 26 Februari 2021 dan 29 September 2021 bagi memantapkan sistem pelaporan DAINAP. Data yang dikumpul melalui sistem DAINAP akan melalui proses semakan bersilang bagi memastikan data yang berintegriti sahaja yang diperolehi sebelum disahkan bagi tujuan analisis dan laporan tren dadah semasa di peringkat serantau.

Accessibility Toolbar