
Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kedah )
ALOR SETAR , 9 MAC 2017 : Dunia kini berhadapan dengan pelbagai masalah sosial yang melanda khususnya kepada golongan remaja terutamanya penagihan dadah.Sebagai langkah yang dilihat memberi kesan yang terbaik adalah kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Seramai 30 Orang Kena Pengawasan ( OKP ) AADK Kota Setar terdiri daripada 27 orang lelaki dan 3 wanita beruntung dibimbing oleh barisan ustaz dan ustazah bertauliah dari Pertubuhan Kembali Bersinar Kedah melalui kerjasama NBOS yang sedia terjalin. Program yang dijalankan hari ini dihiasi dengan persembahan nasyid, tayangan video manusia ketika sakaratul maut, kaunseling kelompok dan diikuti dengan solat zohor berjemaah. Rumah Komuniti AADK Daerah Kota Setar/ Pokok Sena. Program hari ini juga turut dihadiri oleh Pengarah AADK Negeri Kedah, Tuan Haji Mohammad Nazer Bin Haji Mustafa, Pengarah AADK Kedah sentiasa turun ke padang bagi memberikan sokongan yang berterusan khususnya memastikan program yang dijalankan mencapai objektif yang ditetapkan. Perkongsian hari ini amat menarik dan membuatkan peserta merenung kembali tentang kekurangan yang perlu dibaiki sebelum tercabutnya nyawa dari tubuh manusia dan kembali menemui Allah S. W. T.