Disediakan oleh : Unit Pencegahan AADK Negeri Perak
IPOH, 27 Oktober 2016 – Creating A Better Future itulah tema program Tomorrow’s Leader AADK Negeri Perak kali ini yang berlangsung di Dewan Bankuet Kompleks KDN, Ipoh. Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada beberapa intitusi pendidikan tinggi awam dan swasta terpilih di seluruh negeri Perak. Program kali ini juga turut menjemput penceramah khas iaitu Imam Muda Nazrul (Imam Muda Musim 2, Astro Oasis) untuk menyampaikan slot motivasi bahaya dadah dan kecemerlangan diri. Program juga turut dimeriahkan dengan persembahan Busking dari warga CCSC Kampar yang menyampaikan beberapa buah lagu untuk santapan peserta. AADK Negeri Perak sendiri turut membuka booth pameran untuk perkongsian maklumat kepada peserta. Turut tersedia, Selfie Booth untuk peserta merakam detik indah sepanjang program berlangsung.