Malaysia, Singapura tegaskan ganja memudaratkan berbanding manfaat

Oleh: Fauzi Suhaimi

SINGAPURA, 8 September 2022 – Malaysia dan Singapura menegaskan untuk mempertahankan ganja atau kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan mengambil kira kesan buruk bahan itu berbanding kebaikannya. Perkara itu ditegaskan dalam Mesyuarat Bilateral antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan Central Narcotics Bureau (CNB) yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu di Ibu pejabat CNB di sini.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua negara bersetuju dan percaya mengenai kesan penyalahgunaan ganja berupaya meningkatkan kes jenayah termasuk kadar kemalangan jalan raya dan masalah psikiatrik atau gangguan mental.

Selain itu, mesyuarat berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara negara selain mempertingkat kerjasama dalam menangani isu dadah khususnya membabitkan golongan muda ke arah Malaysia dan Singapura bebas dadah.Dalam pada itu, kedua-dua negara turut berkongsi pengalaman, kepakaran dan maklumat terkini dalam usaha menangani isu dadah di antara kedua-dua pihak.

Menerusi mesyuarat itu, delegasi AADK diketuai oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon bersama 12 delegasi iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Azmi Mustafa; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Siti Mariam Mursidan; Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Othman Mohd Nazeri.

Turut bersama delegasi Malaysia iaitu Ketua Penolong Pengarah Unit Antarabangsa, Norkumala Abdul Rahman; Pengarah AADK Negeri Johor, Azli Ubin dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar, Mohd Faisal Maksom.

Delegasi CNB pula diketuai oleh Pengarahnya, Mr Ng Ser Song bersama bakal Pengarah CNB yang baharu, Mr Sam Tee dan tujuh pegawai-pegawai kanan CNB.

Accessibility Toolbar