Malaysia perhebat hubungan perangi dadah

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

KAJANG, 16 November 2021 – Malaysia menyokong hasrat Singapura untuk menganggotai penuh Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) bagi tahun 2024 hingga 2027.

Sokongan itu dizahirkan menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Mesyuarat Bilateral Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura yang diadakan secara telesidang pada Selasa lalu.

Pada mesyuarat tersebut CNB Singapura juga bersetuju memberi kerjasama berkongsi kajian-kajian berkaitan kemudataran ganja.

Bukan itu sahaja, menerusi mesyuarat dua hala tersebut AADK dan CNB juga saling berkongsi pendapat dan pendekatan baharu yang dilaksanakan dalam memerangi dadah.

Selain itu, kedua-dua agensi berkenaan berkongsi mengenai pindaan akta dan polisi yang dipraktikkan bagi menangani masalah dadah.

Pada masa sama, mencapai kesepakatan menjadikan hubungan bilateral terbabit secara formal agar dapat mengadakan perjumpaan setiap tahun bertujuan merapatkan hubungan antara AADK dan CNB.

Selain Pengarah CNB, Ng Ser Song, Mesyuarat Bilateral CNB Singapura turut disertai Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon yang mengetuai delegasi Malaysia.

unit antarabangsa singapura
Tuan Sutekno (kiri) mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Bilateral Biro Narkotik Pusat Singapura yang diadakan secara telesidang pada Selasa lalu. Gambar AADK/Muhammad Rashdan Mohd Zakaria
unit antarabangsa singapura
Pada mesyuarat tersebut AADK dan CNB mencapai kesepakatan menjadikan hubungan bilateral terbabit secara formal agar dapat mengadakan perjumpaan setiap tahun. – Gambar AADK/Muhammad Rashdan Mohd Zakaria