
20 Ogos 2018- Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), YDH CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mula menjalankan tugas di AADK hari ini. YDH CP Dato’ Sri sebelum ini menggalas jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, dilantik mengisi jawatan KP AADK berkuat kuasa 15 Ogos.
Ketibaan YDH CP Dato’ Sri disambut oleh warga AADK sebelum ke sesi menandatangani nota serah terima tugas bersama mantan KP, Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin.
Seluruh warga kerja AADK mengalu-alukan kehadiran YDH CP Dato’ Sri ke AADK.