Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni AADK 2019

21 Jun 2019 – Satu Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni peringkat ibu pejabat AADK telah diadakan bertempat di dewan Akasia blok C. Program tersebut telah melibatkan semua warga kerja AADK ibu pejabat dan PTJ berhampiran. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi siraturahim di antara pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai lain.

Pada majlis tersebut terdapat banyak aktiviti yang telah dilakukan antaranya gerai makanan yang diwakili oleh setiap bahagian masing-masing. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan band Quanten daripada PDRM serta kehadiran NGO berkaitan. Turut diraikan anak-anak yatim yang berada di sekitar kawasan bangi. Pelbagai juadah dan hidangan telah disajikan kepada semua warga AADK serta para tetamu jemputan.

Accessibility Toolbar