LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 9 Disember 2021

Along…pelajar sekolah menengah adalah seorang anak tunggal yang dijaga oleh ayah sejak kematian ibunya.

Along membesar dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Kerana sayang ayah Along memberi kebebasan kepadanya dan Along menggunakan tiket “kepercayaan” itu dengan memilih jalan yang salah sehinggalah dia terjebak dengan ponteng sekolah, merokok dan dadah. Akibatnya, pelajaran Along merosot dan tingkahlakunya berubah menjadi agresif serta sehingga bertindak kasar terhadap ayahnya.

Apakah kesudahan kisah Along? Mampukah Along berubah dan mendapatkan kepercayaan ayahnya semula?

Segmen Lebih Baik Cegah kali ini mempaparkan kisah anak yang menyalahguna kepercayaan yang diberi ibu bapa sehingga terjebak dalam aktiviti berisiko seperti penyalahgunaan dadah. ‘Kepercayaan’ karya Mohd Anuar Ruddin Bin Zakaria, Pemenang Saguhati Pertandingan Video Pendek Antidadah 2021.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar