LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 6 Januari 2022

Apakah reaksi kita apabila melihat kelibat mereka terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah?

Untuk itu satu eksperimen sosial dilakukan untuk melihat gelagat orang awam berkenaan perkara ini. Apapun, budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan.

Ambi kisah, ambil tindakan. Inividu yang menghadapi masalah dan terkesan dengan penyalahgunaan dadah perlu mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapi seorang diri.

Komuniti yang ambil peduli adalah kelompok yang cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenalpasti simptom awal berkaitan penyalahgunaan dadah yang boleh menyumbang kepada tingkah laku yang lebih berisiko dan parah.

Kali ini segmen Lebih Baik Cegah berkongsi video diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah berjudul “Video Eksperimental Sosial Sebagai Medium Yang Efektif Untuk Kempen Antidadah”.

Ia memaparkan sikap kepedulian dan pelbagai reaksi ambil kisah komuniti terhadap perlakuan penyalahgunaan dan penagihan dadah di sekeliling mereka.

Sekiranya anda atau orang yang dikenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan maka dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar