LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 30 Mac 2023

LEBIH BAIK CEGAH: TIRAI SEMALAM : ANAK BUANGAN

📚Sejak bayi Lina telah dibuang oleh ibu kandungnya. Ia diselamatkan oleh seorang lelaki dan dijadikan sebagai anak angkatnya. Dari kecil ibu angkatnya tidak suka pada Lina dan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya yang membawa balik dan menjaga Lina. Disebabkan itulah Lina selalu dimarahi dari kecil lagi. Kisah hidupnya makin perit bila ayah angkatnya meninggal dunia. Lina tiada masa untuk rehat dan semua kerja di rumah perlu diuruskan oleh Lina seperti orang suruhan. Pelbagai ujian ia perlu tempoh semasa usia masih muda termasuklah maruahnya diragut oleh abang angkatnya sehingga mengandung. Lina akhirnya nekad melarikan diri dari rumah yang dianggapnya seperti neraka. Apakah kesudahan nasib Lina berjayakah beliau melarikan diri? Saksikan Tirai Semalam kisah bertajuk Anak Buangan.

📚Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK yang berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat, suka duka kehidupan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010.

📚Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 (AADK).

#LebihBaikCegah

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

Accessibility Toolbar