LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 25 November 2021

Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada ramai orang. Begitu juga Rashidi menghadapi tekanan dan kesukaran untuk meneruskan kehidupan seharian kerana dia diberhentikan kerja oleh majikannya.

Rashidi buntu dan tertekan bila memikirkan bagaimana mencari duit perbelanjaan untuk ibunya di kampung. Tekanan yang dihadapi Rashidi mengingatkan kata-kata kawannya yang menjanjikan pengubat kepada masalah duka dan sedih ia akan hilang, fikiran dan jiwa serabut akan jadi tenang kerana keseronokan yang akan diperolehi apabila mengambil bahan tersebut.

Adakah Rashidi terpengaruh dengan ‘godaan’ yang dijanjikan itu? Segmen Lebih Baik Cegah โ€˜Fantasi Tidak Nyataโ€™ karya Muhammad Firdaus Bin Kamalruzaman, Pemenang Saguhati Pertandingan Video Pendek Antidadah 2021. Lebih baik cegah dan ketahui bagaimana hadapi tekanan. Ingat!! mengambil dadah bukan jalan penyelesaian malahan semakin menambah masalah yang dihadapi.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar