LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 20 Januari 2022

REAKSI MASYARAKAT LIHAT ‘DADAH’ DEPAN MATA

Apakah tindakan kita apabila melihat bahan berbentuk dadah di depan mata? Adakah kita cukup mengenali bahan terlarang ini? Untuk itu satu eksperimen sosial dilakukan bagi melihat reaksi orang awam berkenaan perkara tersebut.

Sebagai ahli komuniti kita perlu cakna terhadap barang atau bahan diragui yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Sikap ambil peduli mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang tersayang.

Segmen Lebih Baik Cegah pada minggu ini berkongsi video yang diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah berjudul “Video Eksperimental Sosial Sebagai Medium Yang Efektif Untuk Kempen Antidadah”.

Menerusi video berkenaan ia meninjau reaksi komuniti terhadap bahan berbentuk dadah yang sengaja dijatuhkan di hadapan mereka.

Sekiranya anda atau orang dikenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan lain dari kebiasaan dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian Hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar