Anak-anak dipengaruhi oleh persekitaran mereka membesar iaitu dengan cara mereka melihat, merasai dan berinteraksi. Ibu bapa merupakan individu paling hampir bersama anak-anak.
Emosi, cara berfikir dan tingkahlaku ibu bapa mudah diserap oleh anak-anak. Tetapi bila anak-anak meningkat remaja maka ia mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan kerana persekitaran mereka berubah, mereka ingin diterima oleh rakan-rakan dan ingin mempunyai pengaruh tersendiri dengan rakan-rakan.
Bagaimana peranan ibu bapa dalam mempengaruhi anak-anak remaja? Antaranya bonding dan perapatan hubungan ibu bapa dan anak-anak, ia akan membantu anak-anak menilai semula pengaruh/ input yang disampaikan oleh rakan adakah betul seperti mana nilai yang diajar oleh ibu bapa.
Dalam proses membesarkan anak-anak, khususnya anak remaja, adalah menjadi cabaran pada ibu bapa apabila kemahiran keibubapaan yang digunakan berdasarkan pengalaman ibu bapa masa lalu samada ia sesuai untuk mengubah sikap dan tingkah laku anak-anak masa kini.
Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh mengalah dan perlu teruskan tanggungjawab untuk membimbing mereka. Masih banyak cara efektif boleh dipraktik ibu bapa yang boleh membantu mempengaruhi anak-anak bagi mengurangkan risiko mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial.
Ikuti perkongsian panduan keibubapaan menyantuni anak remaja bersama Dr Norulhuda Sarnon@Kusenin, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia