LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 19 Januari 2023

LEBIH BAIK CEGAH: TIRAI SEMALAM : AZAM BERAZAM

Azam dicop sebagai anak penagih sejak kecil akibat perbuatan bapanya yang menagih dadah. Ini menyebabkan dia tidak ke sekolah dan bekerja sebagai pencuci pinggan di kedai makan. Setelah beberapa tahun Azam telah dinaikkan pangkat sebagai juruwang. Tekanan dalam pekerjaan menyebabkan Azam cuba mencari ketenangan dengan mengambil dadah. Apakah kesudahan kisah Azam ini? Ketahui kisah selanjutnya serta info dadah, kesan pengambilannya dan nasihat dari pakar.

Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK yang berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat, suka duka kehidupan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 setiap Sabtu & Ahad (11.00 -11.30 pagi) pada tahun 2010.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235