LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 16 Disember 2021

Sokongan sosial ialah bantuan yang diberikan oleh individu kepada seseorang yang berhadapan dengan masalah atau cabaran, contohnya seseorang yang sedang cuba untuk keluar daripada masalah penyalahgunaan dadah perlu mempunyai rangkaian sokongan sosial yang kuat.

Sokongan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan berkaitan dengan masalah tersebut. Keluarga merupakan komponen sokongan terdekat bagi membantu individu yang terjebak dalam masalah penagihan untuk kembali pulih dan seterusnya mengekalkan kepulihan tersebut.

Segmen Lebih Baik Cegah sekali lagi bersama Dr Norulhuda Sarnon @ Kusenin, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia, UKM berkongsi berkaitan elemen sokongan sosial yang boleh diberikan kepada mereka yang berisiko ataupun telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Yang pasti mencegah itu lebih baik daripada merawati.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar