Ada kalanya kita akan didekati oleh individu yang cuba untuk mempengaruhi kita mencuba benda atau bahan yang tidak pasti kandungannya. Situasi ini juga membuatkan kita teruja untuk bereksperimentasi sama ada ia memberi kesan yang baik kepada diri. Yang pasti ambil tahu dan kenalpasti apa yang ditawarkan kepada kita kerana tidak semuanya memberi manfaat kepada diri. Malahan ia mungkin membawa kebinasaan dan penyesalan yang tidak berkesudahan.
Segmen Lebih Baik Cegah kali ini memaparkan video karya Fairuz Azrul Bin Suip berjudul Lebih Baik Cegah, Peserta Pertandingan Video Pendek Antidadah 2021 yang menunjukkan kepentingan penerapan kemahiran asertif dalam diri seseorang individu yang boleh membantu dan melindungi mereka apabila berhadapan dengan situasi berisiko.
Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia