Lebih 500 sertai POCKET TALK KP AADK

Oleh: Fauzi Suhaimi

KOTA KINABALU, 2 Oktober 2022 – Lebih 500 orang terdiri daripada masyarakat setempat dan klien dalam komuniti hadir memeriahkan sesi Pocket Talk Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sempena dengan program Kita Demi Negara Zon Sabah.

Perkhidmatan khidmat nasihat dan Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) mendapat sambutan menggalakkan di booth AADK – Gambar AADK / Nabil Aziz

Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah satu inisiatif kempen โ€˜Kita Demi Negaraโ€™ dengan slogan โ€œNegara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersamaโ€ yang bertujuan untuk melibatkan rakyat bersama-sama kerajaan memikul tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara ke arah Keluarga Malaysia yang aman dan sejahtera.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang dua hari penganjurannya termasuk Pocket Talk Ketua Pengarah AADK yang membincangkan tajuk Lebih Baik Cegah.

Dalam sesi itu, Ketua Pengarah AADK mengupas beberapa isu termasuk trend penagihan di Negeri Sabah, punca dan bagaimana peranan masyarakat setempat dalam sama-sama memainkan peranan untuk membantu kerajaan bagi membanteras isu penagihan dadah dan bahan.

Selain itu, pameran kementerian, agensi dan jabatan turut diadakan seperti pameran pencegahan dadah, khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling serta perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) turut diadakan di reruai AADK sempena program itu.

Terdahulu program dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zainudin Hamzah.

Accessibility Toolbar