Lebih 300 warga AADK, klien sertai program Singgah Sahur

Oleh: Fauzi Suhaimi

JELEBU, 15 April 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan program Singgah Sahur bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang diraikan umat Islam ketika ini.

Dalam program itu, lebih 300 orang terdiri daripada warga AADK dan klien menyertai program itu yang bermula seawal jam 4 pagi dengan melaksanakan solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan solat sunat Witir secara berjemaah.

300 orang terdiri daripada warga AADK dan klien menyertai program Singgah Sahur

Selain itu, aktiviti zikir dan tazkirah bertajuk Lailatul Qadar turut disampaikan sebagai peringatan kepada semua berkenaan kelebihan dan kemuliaan yang ada pada bulan Ramadan.

Usaha itu dilaksanakan bertujuan menyemarak bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan antara klien dengan warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Tuan Sutekno dan Dato’ Dr Muhamad Sade menyemarakkan program Singgah Sahur

Turut hadir memeriahkan program itu ialah Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah-Pengarah Bahagian AADK.

Dalam program sama, Tuan Sutekno sempat meluangkan masa melawat sekitar PUSPEN Jelebu termasuk ke Titigold Cafe dan Gallery jualan produk-produk  PUSPEN Jelebu.

Terdahulu, Tuan Sutekno mengadakan sesi ramah mesra sekali gus menyampaikan amanat kepada kakitangan PUSPEN Jelebu. 

Accessibility Toolbar