Lebih 1,500 pengunjung sertai Pocket Talk KP AADK

Oleh: Ct Ashlida Mat Razali

KOTA BHARU, 28 Oktober 2022 – Gamat dewan Town Hall Program Kita Demi Negara Zon Timur dengan laungan Lebih Baik Cegah sebaik selesai sesi Pocket Talk Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon pada Jumaat.

Sesi Pocket Talk antara pengisian utama Program Kita Demi Negara bagi mendekatkan diri dengan masyarakat selain memberi penerangan secara terus berkenaan perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada rakyat.

Dalam sesi Pocket Talk KP AADK, sesi penerangan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan AADK antara yang diberi tumpuan untuk menjelaskan lagi bahawa peranan AADK bukan sahaja tertumpu kepada penahanan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah, sebaliknya menyediakan perkhidmatan merawat pulih, pendidikan pencegahan dan penguatkuasaan.

Tuan Sutekno ketika menyampaikan Pocket Talk kepada pengunjung Program Kita Demi Negara (KDN) Zon Pantai Timur Gambar AADK / Nabil Aziz

Turut ditekankan KP AADK termasuk kesan penagihan ini bukan sahaja memudaratkan penagih sahaja, malah turut menyebabkan penderitaan dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan kawasan kejiranan.

Jadi, marilah semua kita berganding bahu, menanam tekad untuk memerangi najis dadah secara bersama-sama.

Salur maklumat kepada AADK menerusi talian Hotline AADK bernombor 1-800 22 AADK atau Whatsapp di talian 019-626 2233.

Seperkara lagi, jom sama-sama kita buang stigma negatif terhadap mereka yang tersalah pilih jalan. Terus jadi penyokong agar mereka kekal dalam kepulihan. Mereka boleh berubah.

Terdahulu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datoโ€™ Mohd Sayuthi Bakar turut hadir memeriahkan sesi Pocket Talk KP AADK.

Accessibility Toolbar