Lawatan Kerja YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri Ke PUSPEN Dengkil

Dengkil, 10 Julai – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menerima kunjungan hormat dari YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri, bersempena dengan lawatan kerja beliau di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil. Turut hadir sama ialah YB Tuan Jonathan Bin Yasin Timbalan Menteri Dalam Negeri dua disertai oleh beberapa pengurusan tertinggi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan warga kerja AADK. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat senidiri proses rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan di PUSPEN Dengkil.

YB Menteri turut dibawa melawat ke fasaliti PUSPEN lama dan baharu bagi melihat lebih jelas kemudahan yang terdapat di dalam PUSPEN Dengkil. Dalam lawatan tersebut YB Menteri diberikan taklimat berkaitan AADK serta amanat daripada beliau sendiri kepada warga kerja AADK.

Accessibility Toolbar