Lawatan Kerja Ketua Pengarah ke AADK Negeri Terengganu

Dungun: 16 Jun 2020 – Terengganu mendahului negeri-negeri lain dalam isu penyalahgunaan dadah. Mengikut statistik yang diperolehi jumlah penagih dan penyalahgunaan dadah adalah seramai 11,409 orang penagih telah dikesan pada tahun 2019 di negeri Terengganu menyumbang kepada sebanyak 0.92% daripada jumlah penduduk.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia sedang melaksanakan program Inisiatif Bersepadu Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substan Dan Pelencongan Sosial dan menjadikan daerah Dungun sebagai salah satu kawasan rintis di negeri Terengganu. Jika dilihat sebanyak 97.4% penduduk melayu yang tinggal di Dungun, 0.3% adalah penduduk berbangsa Cina manakala penduduk berbangsa India 1.1% dan lain-lain 1.2%.

Lawatan Ketua Pengarah AADK, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah pada 14-16 Jun adalah untuk melihat perkembangan status projek Rintis yang telah dilaksanakan di kawasan Kuala Dungun. Dalam lawatan tersebut beliau telah bertemu dengan penduduk setempat dan telah membuat sesi dialog bersama penduduk setempat bagi membincangkan secara terbuka masalah yang dialami di kawasan mereka. Sesi ini adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus mengenai masalah dadah yang melanda penduduk di Kuala Dungun.

Dalam lawatan tersebut beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis negeri Terengganu, Ketua Jabatan Narkotik Negeri Terengganu bersama-sama pegawai kanan AADK bagi membincangkan serta bertukar pandangan dalam menangani masalah dadah di Terengganu umumnya dan daerah Dungun khusunya.

Pada akhir lawatan, beliau sempat bertemu dengan dua Adun Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Sura, Yang Berhormat Tuan Haji Alias Bin Harun Ahli Dewan Undangan Rantau Abang dan ketua-ketua jabatan.

Pertemuan ini adalah untuk memastikan semua agensi yang berkaitan memainkan peranan dalam membasmi masalah dadah yang berlaku di negeri Terengganu umumnya dan daerah Dungun khususnya.

Accessibility Toolbar