Oleh: MOHD NIZAM BIN MUSA (AADK KELANTAN)
KOTA BAHRU, 5 OKT 2016: YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK telah mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke negeri Kelantan. lawatan Kerja YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin pada hari pertama bermula dengan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Ab Rahman Ismail. Dalam pertemuan ini, pelbagai isu dan permasalahan dadah telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak. Sejurus selepas itu YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan hadir dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga AADK Kelantan di Bilik Mesyuarat AADK Negeri Kelantan. YBrs. Tuan Ibrahim Bin Abd Ghani, Pengarah AADK Negeri Kelantan telah menyampaikan taklimat Perangi Dadah Habis-habisan dan Perangi Pil Kuda AADK Kelantan. Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan pada hari pertama ini diteruskan dengan lawatan ke Klinik Cure & Care Kota Bharu danCCRC (W) Bachok. Disini YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan melihat dengan lebih dekat lagi program-program pemulihan kepada penghuni / klien. Di sebelah malam pula, YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan telah menghadiri Majlis Makan Malam SKUAD AADK Negeri Kelantan. Majlis diadakan di Dewan Seri Pacific, Emaslink Hotel bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim Pengerusi SKUAD AADK Negeri Kelantan bersama YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK. Turut hadir YB Datuk Abd Aziz Bin Derashid ADUN Kuala Balah, Jeli merangkap Pengerusi SKUAD AADK Negeri Kelantan dan semua Pengerusipengerusi SKUAD AADK Daerah. Semoga dengan lawatan Kerja YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin dan rombongan ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua warga AADK Kelantan dalam usaha memerangi dadah habis-habisan serta melakukan perubahan atau transformasi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat terutama kepada mereka yang menghadapi.