LARI KE LEMBAH HINA | Edisi 30 Jun 2022

Alias baru tamat peperiksaan SPM dan berkeinginan untuk bekerja di Kuala Lumpur kerana ingin mempunyai duit sendiri dan telefon bimbit canggih seperti kawan-kawan yang lain. Akibat keinginannya itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tanpa pengetahuan bapa dan ibu tirinya. Setibanya di Kuala Lumpur, Alias telah dijemput oleh kawannya Lan yang telah membawa dia ke sebuah rumah. Alias kagum dengan rumah Lan dan meminta Lan mencari kerja untuk dia. Berjayakah Elias untuk mendapatkan pekerjaan? Ketahui juga tentang info dadah dan kesan pengambilannya.

Dihukum Dengan Mata, Aku Bisa Menerima,
Dihukum Dengan Kata, Aku Tetap Mendengar,
Dosa-Dosa Silam Mengubah Hidupku,
Dan Ku Leraikan Dalam…….Tirai Semalam

Saksikan episod ‘Lari ke Lembah Hina’. Moga ulang siar dokudrama ini menjadi pengajaran dalam mencegah diri, keluarga dan masyarakat dari permasalahan dadah.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar