Disediakan Oleh: Unit Integriti
AADK KUALA TERENGGANU, 22 Disember 2016: Unit Integriti (UI) AADK dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah berjaya menganjurkan “Kursus Pengurusan Tatatertib AADK 2016 (Zon Timur)” pada 28 hingga 29 November 2016 di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada Ketua Jabatan serta pegawai/kakitangan AADK Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terlibat dengan urusan tatatertib di peringkat PTJ masing–masing untuk mengenal prinsip-prinsip asas dan prosedur tindakan tatatertib agar pengurusan tatatertib lebih teratur dan berkesan serta memberi panduan dalam penyediaan laporan pelanggaran tatakelakuan dari perspektif sebagai Ketua Jabatan semasa menguruskan prosiding tatatertib, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Seramai 60 orang pegawai AADK telah menyertai kursus ini yang turut menjadi medan perkongsian pengetahuan mengenai prosedur tatatertib serta sebagai medium mengenalpasti isu-isu berbangkit semasa mengendalikan urusan tatatertib di peringkat Negeri/pusat/daerah AADK Pahang, Terengganu dan Kelantan. Syabas dan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya mengikuti “Kursus Pengurusan Tatatertib AADK 2016 (Zon Timur)” selama 2 hari ini.