Kunjungan Hormat Daripada United Nations Office On Drugs And Crime (UNODC)

30 Mei 2022, YBrs. Ketua Pengarah telah menerima Kunjung Hormat daripada Julien Garsany, Timbalan Perwakilan Serantau Asia Tenggara dan Pasifik, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu bertujuan untuk memperkukuh kerjasama sedia ada di antara UNODC dengan AADK dalam usaha menangani masalah dadah global selain berkongsi perkembangan situasi dadah semasa. Turut dibincangkan adalah kerjasama baharu yang akan dilaksanakan bagi mempertingkat inisiatif pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan penagihan substans dan penguatkuasaan undang-undang dadah.

Accessibility Toolbar