Kunjung Hormat NGO Ke AADK

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya yang menjalankan perkhidmatan rawatan pemulihan dan pencegahan penagihan dadah di dalam negara. Pada 15 Januari 2019, AADK telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Malaysia (PRSM) yang diketuai oleh Presiden PRSM iaitu En. Abdul Azyadee b. Abd. Wahid.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya ialah mengenai latihan kompetensi yang disediakan untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang sedang berkhidmat dengan AADK. Di samping itu, pihak pengurusan sumber manusia juga telah memaklumkan bahawa sebanyak 142 jumlah perjawatan PRS telah diluluskan bagi tahun 2019 dan surat pelantikan akan dikeluarkan berkuatkuasa pada 1 Februari 2019.   

Selain itu, cadangan bagi memperluaskan perkhidmatan PRS di bawah program pencegahan pada masa akan datang akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Accessibility Toolbar