KPI: MRT AADK lepasi capaian sasaran

Oleh: Fauzi Suhaimi

KAJANG, 9 Mac 2023 – Seramai 3,750 klien berjaya mendapatkan perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) yang digerakkan ke seluruh pelusuk tanah air sejak dilancarkan pada 19 Mei 2022.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, kemudahan itu bukan sahaja dapat dimanfaat oleh klien AADK yang berada di daerah dan institusi tetapi merangkumi Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kata beliau, angka tersebut bahkan telah melepasi sasaran awal iaitu seramai 1,427 klien.

“Pada tahun ini, saya berharap dengan pertambahan ahli baharu yang dipanggil kumpulan pakar pasukan MRT AADK akan terus melebarkan sayap dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Ahli-ahli ini akan diperluas untuk membantu memberikan perkhidmatan di Sabah dan Sarawak memandangkan dua negeri itu mempunyai jumlah daerah yang banyak dan klien yang terpecah dalam radius yang besar.

“Justeru, ia memerlukan lebih tenaga bagi mengumpulkan perkhidmatan ini dan ahli-ahli akan diberi keutamaan kepada mereka yang pernah berkhdimat di Borneo atau berasal dari sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan MRT AADK Bilangan 1/2023 di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, pengarah-pengarah AADK negeri dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) perlu menyelaras dan memantau pasukan MRT AADK negeri masing-masing untuk memastikan perkhidmatan dapat dilaksanakan lebih sistematik, menyeluruh dan efisen.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah Bahagian Pencegahan, Zainuddin Abdullah dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Azmi Mustafa.

Accessibility Toolbar