KP AADK terima buku garis panduan kawalan tibi

Oleh: Fauzi Suhaimi

LANGKAWI, 11 Jun 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon menerima buku Garis Panduan Kawalan Tibi di Pusat Pemulihan Dadah (Pusat Pemulihan Pengihan Narkotik (PUSPEN) daripada Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Buku garis panduan edisi kedua berkenaan bertujuan memperkukuhkan program pencegahan dan pengawalan penyakit tibi di PUSPEN.

Objektif lain buku berkenaan juga untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit tibi dalam kalangan klien dan kakitangan PUSPEN dan mengesan awal kes tibi semasa kemasukan klien.

Selain itu, dengan adanya buku tersebut, ia dapat mengawal dan mencegah jangkitan tibi di PUSPEN serta memperkukuhkan pengurusan rawatan tibi dalam PUSPEN.

Terdahulu YB Dato’ Dr. Noor Azmi merasmikan sambutan hari berkenaan di Telaga Walk, Pulau Langkawi, Kedah pada Sabtu.