KP AADK ‘singgah’ di Pejabat AADK Daerah Machang

Fauzi Suhaimi dan Ct Ashlida Mat Razali

MACHANG, 18 Februari 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon mengambil peluang melawat Pejabat AADK Daerah Machang sempena dengan Program KDN Madani yang diadakan di Kompleks Perpaduan Machang, Kelantan pada Sabtu.

Mengambil peluang itu, Tuan Sutekno sempat melawat fasaliti pejabat AADK daerah berkenaan selain bertemu menyantuni warga kerja AADK Machang.

Sesi lawatan kerja itu bertujuan melihat gerak kerja agensi di peringkat bawah.

Tuan Sutekno mengingatkan kepada semua warga AADK untuk sentiasa mengamalkan serta memperkukuh budaya kerja meliputi tiga elemen iaitu mental, fizikal dan rohani dalam penyampaian perkhidmatan AADK kepada masyarakat setempat.

Pegawai dan kakitangan di peringkat daerah juga perlu memahami dengan jelas tentang modul yang diketengahkan agensi iaitu Model i-Pulih AADK, Model i-Cegah AADK dan Model i-Prihatin AADK agar semua klien dan kumpulan sasar dapat menerima perkhidmatan AADK dengan baik.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu bt Ahmad dan Ketua AADK Daerah Machang, Azan bin Mat Junoh.

Accessibility Toolbar