KP AADK pengerusi MPP bil.1/2023

Oleh: Amir Zahien Amran

Kajang, 31 januari 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bil. 1/2023 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Hibiscus ibu Pejabat AADK di Kajang, Selangor pada Selasa.

Mesyuarat itu bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agensi serta langkah penyelesaian holistik oleh semua warga AADK khususnya di peringkat negeri dan daerah.

Dalam mesyuarat itu, Tuan Sutekno turut mengingatkan ahli mesyuarat berkenaan Hala Tuju AADK Tahun 2023 melalui 10 strategi utama yang digariskan ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Unit Ibu Pejabat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengarah Negeri; Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Ketua Penolong Pengarah AADK.

Accessibility Toolbar