KP AADK garis 10 hala tuju AADK 2023

Oleh: Fauzi Suhaimi | Ahmad Ajwad bin Azman

KAJANG, 9 Januari 2023 – Sebanyak 10 strategi digariskan yang menjadi hala tuju khusus Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mencapai semua petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan pada tahun ini.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, strategi itu juga bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan hala tuju AADK tahun 2023 dapat direalisasikan.

Kata beliau, antara 10 strategi itu termasuk memantapkan tadbir urus organisasi dan integriti pegawai, memperluaskan liputan program pencegahan berasaskan Model i-Cegah AADK dan membangunkan satu sistem profiling merangkumi data penagih dadah dan anggaran penagih dadah di Malaysia.

โ€œSelain itu, AADK juga akan memperkukuhkan program rawatan dan pemulihan klien dalam institusi dan program rawatan dan pemulihan klien dalam komuniti berasaskan Model i- Pulih AADK serta memperluas capaian perkhidmatan melalui perkhidmatan bergerak atau Mobile Recovery Treament (MRT AADK).

โ€œBagi memperhebat sokongan pengekalan kepulihan, kaedah Recovery Capital akan diperkukuhkan melalui Model Kelompok Sokongan Keluarga Kepulihan (KSKK), meningkatkan kapasiti dan keupayaan pegawai- pegawai AADK dengan memberi pengiktirafan pegawai AADK sebagai pakar dalam kaunseling melalui Pensijilan Perakuan Amalan AADK.

โ€œSeterusnya, AADK juga akan menggalakkan penyelidikan ilmiah sebagai salah satu tunjang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang teras AADK, memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak- pihak berkuasa dan badan-badan dunia dan mengamalkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, selamat dan sihat,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah sempena Perhimpunan Bulanan (Januari) di sini, pada Isnin.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, sebagai agensi peneraju menangani isu atau permasalahan dadah dan bahan di Malaysia, sudah pastinya banyak perkara menjadi kepakaran warga AADK.

โ€œAdalah menjadi suatu kemestian untuk warga kita menguasai segala bentuk pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menangani permasalah dadah khususnya menerusi tiga bidang teras AADK iaitu bidang rawatan dan pemulihan, bidang pendidikan pencegahan serta bidang penguatkuasaan dan keselamatan,โ€ tegas beliau.

Accessibility Toolbar