KP AADK antara panel Simposium Transformasi Parlimen Perkasa Legislatif

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – Simposium Parlimen Malaysia 2022 bertemakan ‘Transformasi Parlimen Perkasa Legislatif’ dirasmikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Azhar Azizan Harun di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen, di sini baru-baru ini.

Dalam simposium itu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon antara ahli panel dalam forum bertajuk Marijuana untuk Perubatan: Adakah Malaysia Bersedia?

Tuan Sutekno menyentuh perkara berkaitan penyalahguna dadah jenis Marijuana atau ganja yang ada di dalam negara.

parlimen tuan sutekno ahmad belon
Tuan Sutekno (kanan) menerangkan bahawa individu yang menagih dadah jenis ganja adalah sukar untuk dipulihkan. – Gambar Parlimen Malaysia

Beliau menegaskan bahawa kepada mereka yang menagih dadah jenis ganja susah untuk dipulihkan, bahkan perlu ada bukti secara klinikal bagi menjamin penggunaan tersebut sama ada kesannya baik atau sebaliknya.

Antara panel yang turut bersama ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dan Pengarah Pusat Racun Negara, Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman serta Timbalan Presiden PARFUM, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Md Abdullah bertindak sebagai moderator.

parlimen tuan sutekno ahmad belon

Accessibility Toolbar