Konvensyen Inovatif Dan Kreatif (KIK) 2018

Ibu Pejabat AADK – Majlis Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) 2018 telah berlangsung pada 16 dan 17 Oktober 2018. Sebanyak 13 kumpulan daripada seluruh AADK Malaysia telah berentap di konvensyen ini dengan mempersembahkan hasil kreativiti kumpulan masing-masing. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Che Kodir bin Baharum, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK.

Tahniah diucapkan kepada pemenang tempat pertama iaitu daripada Kumpulan Paradigma dari AADK Negeri Kedah dengan projek yang bertajuk “Kamus MyAlert Antidadah”. Tempat kedua disandang oleh Kumpulan Al-Isra’ daripada CCRC Sungai Ruan Negeri Pahang dengan projek bertajuk Rawatan Pemulihan Dadah Menggunkan Modul ISRA” manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Cah Ligah daripada Negeri Terengganu dengan hasil projek bertajuk “TransBox”.

Majlis berlangsung dengan begitu meriah dengan kehadiran lebih kurang 400 orang warga AADK ibu pejabat, Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur.

Accessibility Toolbar