Soalan Lazim: Klinik Cure and Care
1. Apakah itu Klinik Cure and Care (Klinik C&C)?
Satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan terhadap permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Tiada sebarang pra-syarat yang dikenakan terhadap klien.
2. Siapakah yang layak mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C?
- Penagih dadah.
- Pengguna dadah.
- Penyalahguna dadah.
- Co dependance (ahli keluarga yg terlibat dgn masalah dadah).
3. Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C?
Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan.
4. Apakah peranan PRS?
- Mendengar, membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang ingin klien sampaikan tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka.
- Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengalaman supaya ia tidak menjadi ‘trigger” kepada penagihan semula.
- Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong antara satu sama lain.
- Memastikan kelompok tidak dikuasai individu tertentu terutama dalam perbincangan.
- Mengelak daripada bertanyakan soalan “kenapa” kepada ahli kelompok seperti mempersoalkan tindakan atau motivasi mereka.
- Mengelak daripada membuat generalisasi.