KISAH LING DAN DADAH I Edisi 12 Februari 2022

Ling (bukan nama sebenar) mula terlibat dalam dunia penyalahgunaan dadah seawal usia belasan tahun hingga pernah dimasukkan ke penjara atas kesalahan dadah.

Enggan berterusan bergelumang bersama najis dadah akhirnya wanita terbabit nekad melakukan perubahan dalam kehidupan berbekalkan ilmu diperoleh sepanjang menjalani hukuman di Penjara Pusat Sibu dan pemulihan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu.

Kini dia pulih sepenuhnya dan aktif menyertai program-program pemulihan kelolaan AADK daerah ini walaupun telah lebih setahun tamat pengawasan.

Ikuti perkongsian lanjutan wanita berusia 29 tahun itu bersama AADK Daerah Sibu menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KeluargaMalaysia
#KitaDemiNegara
#KDN_TogetherWeAreOne
#SelamiJiwaKami

Accessibility Toolbar