KHABAR DARI PTJ | Edisi 31 Mac 2023

๐Ÿ“š Pada bulan Mac 2023, AADK Daerah Petaling telah menganjurkan dua program yang melibatkan golongan belia. Program SMART telah dilaksanakan pada Sabtu 11, Mac 2023 di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor dengan penyertaan seramai 40 orang belia dari Daerah Petaling. Program ini bermula dari Blok 7 Desa mentari dan berakhir di Bukit gasing. Program ini kolaborasi AADK Dearah Petaling bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Petaling serta Persatuan Daya Wibawa dan Pejabat Perlimen Petaling. Program kedua merupakan Program Skuad AADK Daerah Petaling yang telah dijalankan di Maahad Tahfiz Quran Wal Imamah, Kapar, Selangor. Program berbentuk aktiviti gotong-royong bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli skuad dengan masyarakat serta saling bantu-membantu dan menghormati antara satu sama lain selain menguatkan semangat kesukarelawan antara mereka.

๐Ÿ“š Mari kita sama-sama saksikan rangkuman kedua-dua program tersebut di dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di kalangan belia.

๐Ÿ“š Diharapkan program sebegini akan dapat memupuk nilai dan juga semangat untuk bersama-sama dalam usaha membanteras dadah menuju matlamat dadah terkawal 2025.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#KitaDemiNegara

#KhabarDariPTJ

Accessibility Toolbar