KHABAR DARI PTJ | AADK PUTRAJAYA | Edisi 6 Januari 2023

SKUAD Antidadah Putrajaya dengan kerjasama AADK Putrajaya telah menganjurkan Program Lawatan Ilmiah Ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Program ini bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta khususnya belia sekitar Putrajaya.

Melalui Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, AADK Putrajaya proaktif melaksanakan aktiviti ‘Walking Message’ bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan perkhidmatan yang disediakan oleh AADK kepada masyarakat.

Bagi meneruskan usaha murni ini, AADK Putrajaya menganjurkan Kuiz Antidadah secara interaktif kepada warga Putrajaya yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Ini bagi menguji tahap pengetahuan mereka berkenaan isu penyalahgunaan dadah semasa sekaligus menyampaikan mesej antidadah kepada kumpulan sasar tersebut.

Ikuti perkongsian lanjut bersama Ketua AADK Daerah Putrajaya menerusi segmen Khabar Dari PTJ pada minggu ini.

#LebihBaikCegah

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

Accessibility Toolbar