KHABAR DARI PTJ | AADK NEGERI SEMBILAN | Edisi 8 Februari 2023

📚 AADK Negeri Sembilan telah menjalankan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bersama 20 Pegawai & Kakitangan dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.

📚Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dan kesan pengambilan dadah di tempat kerja disamping mewujudkan tempat kerja yang sihat dan selamat.

📚Program dimulakan dengan perkongsian ceramah penyalahgunaan dadah yang telah disampaikan oleh Tuan Helmi Bin Mohamd Yusof, Penolong Pengarah Cawangan Pendidikan Pencegahan AADK Negeri Sembilan .

📚Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan diatas kerjasama mengadakan program TEKAD dan semoga usaha ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#KitaDemiNegara

#KhabarDariPTJ

Accessibility Toolbar