KETAHUI KARAKTER KITA | Edisi 24 Mac 2022

Sama ada sedar atau tidak setiap daripada kita ada karakter dominan dalam diri. Karakter inilah yang akan menentukan cara kita berhubungan dan berkomunikasi samada dengan pasangan, kawan, keluarga dan sebagainya.

Tetapi apabila sudah mula kenali diri sendiri dengan mudah kita boleh susun strategi untuk gilap kekuatan kita agar lebih hebat di masa akan datang dan pastinya kita mampu untuk menjadi lebih baik apabila mula memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Lagi best, apabila berjumpa orang lain kita boleh berhenti 2 saat dan cuba berfikir serta bercakap cara mereka. Ini akan membuatkan kita lebih memahami, lebih banyak senyum, lebih bahagia, lebih suka bercakap dengan orang lain, lebih memenangi hati orang lain dan kurang terasa, kurang marah, kurang merajuk dan kurang sakit hati.

Segmen Lebih Baik Cegah bersama Pn. Kamalia Kamal @ Kak Kay dalam siri terakhir perkongsian beliau tip mengenali karektor diri. Jika sebelum ini kita rasa susah nak faham orang, rasa macam orang tak faham kita dan kita pun susah nak faham orang. Semoga dengan perkongsian karakter ini, kita akan lebih faham diri sendiri dan orang lain. Jom ketahui karakter anda dengan mengikuti ujian Kamalia Kamal Development Indicator (KKDI).

Accessibility Toolbar