
Disediakan Oleh: Unit Media & Komunikasi Korporat
IBU PEJABAT AADK, 12 DIS : Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara AADK & 9 buah syarikat telah berlangsung pagi tadi bagi mengukuhkan kerjasama dalam penempatan pekerjaan klien. Dato’ Ketua Pengarah AADK memuji inisiatif 9 syarikat ini yang disifatkan sebagai mengambil langkah berani menolak stigma yang diberikan kepada bekas penagih dadah dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Pembelaan ke atas maruah dan darjat kepada mereka yang pernah tersilap langkah ini adalah satu bentuk contoh pendidikan kepada syarikat-syarikat yang lain dalam memberikan peluang kedua kepada golongan “recovering addict” ini. Mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup adalah antara faktor penting yang mempengaruhi kualiti hidup golongan bekas penagih dan mereka perlu diberi sokongan supaya kekal pulih, tambah beliau.