Kempen antidadah meriahkan KLCFM

Oleh: Cik Ct Ashlida Che Mat Razali

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2022 – Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKL) memeriahkan Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Ahad.

Aktiviti itu antara usaha kempen antidadah AADK bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup dan sihat tanpa dadah, selain menyahut seruan kerajaan dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Aktiviti yang berlangsung seawal jam 7 pagi itu disertai kira-kira 2,000 warga kota termasuk warga AADK dan Skuad Antidadah AADK.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran perkhidmatan AADK, acara berbasikal, larian santai, kereta berkuda dan cabutan bertuah.

Pelepasan aktiviti riadah berkenaan disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pagi Tanpa Kenderaan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Naim Mohamad.

Turut menyertai program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah; Pengarah Unit Integriti AADK, Zulfikri Abd Manaf dan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Md Razif Wan.

Accessibility Toolbar