Kembara Kapcai AADK 2020

BANGI, 13 Mac – Agensi Antidadah Kebangsaan meneruskan lagi program Bulan Antidadah dengan menganjurkan Kembara Kapcai AADK 2020. Program yang dijalankan selama dua hari ini adalah untuk meningkatkan perkongsian pencegahan awal dalam penyalahgunaan dadah di rumah dan kejiranan kepada golongan remaja. Program yang disertai seramai 80 orang peserta ini terdiri daripada warga kerja AADK dan juga Polis Diraja Malaysia dan  majlis pelepasan Kembara Kapcai ini telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Dr.Sabri bin Zainudin Zainul.

Pelaksanaan Kembara Kapcai ini ditumpukan kepada kawasan projek rintis di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan yang melibatkan kawasan Felda serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) disekitar Kuala Lumpur. Antara program yang telah dilaksanakan sepanjang kembara kapcai ini adalah program Ziarah Kasih yang mana sebahagian daripada peserta konvoi melawat ke rumah Klien AADK bagi menyampaikan sedikit sumbangan. Antara program lain yang diadakan adalah sesi dialog, program gotong royong dan perasmian Rumah Inspirasi Komuniti.

Accessibility Toolbar