Keluarga Bebas Dadah

Matlamat

Memastikan Program kekeluargaan dilaksanakan kepada keluarga yang berisiko supaya dapat menangani masalah dadah dengan lebih berkesan.

Objektif

  • Peserta mendapat kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan.
  • Peserta mendapat pengetahuan kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan tekanan.

Kumpulan Sasar

  • Menetap di kawasan berisiko (kadar jenayah tinggi, masalah sosial, jumlah penagih yang tinggi)
  • Berasal daripada keluarga bercerai-berai
  • Ahli keluarga merupakan penagih dadah
  • Ibu-bapa tunggal
  • Keluarga kes-kes sek.15(1)

Impak Program

  • Keluarga mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan.
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran di kalangan keluarga tentang bahaya dadah.
  • Masyarakat dapat mengamalkan dan meneruskan gaya hidup sihat tanpa dadah
  • Bilangan keluarga berisiko terhadap penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan
  • Keluarga atau penjaga akan mendapat maklumat bagi memastikan anak-anak berada di dalam program sihat tanpa dadah;
  • Keluarga dapat diberikan panduan bagi memastikan ahli keluarga bebas daripada dadah; dan
  • Anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah akan mendapat alternatif program sihat tanpa dadah seterusnya mempraktikkan gaya hidup sihat.

Accessibility Toolbar